PROGRAM LATIHAN 1 MALAYSIA

PELAKSANAAN BERMULA APRIL 2011!!

KONSEP LATIHAN
Program Latihan 1 Malaysia JABATAN TENAGA MANUSIA/ADTEC SHAH ALAM merupakan latihan berkonsepkan pembelajaran sepanjang hayat yang dilaksanakan secara Modular yang diberi secara PERCUMA.

KUMPULAN SASAR

Lepasan Sekolah/ Graduan/ Golongan Pekerja/ Pesara/ Orang Awam

BIDANG DITAWARKAN

ADTEC Shah Alam menawarkan 40 kursus dalam pelbagai bidang seperti berikut :

  • Kimpalan
  • Pembuatan
  • Penyaman Udara
  • ICT
  • Mekatronik
  • Elektronik
  • Jaminan Kualiti
  • Penyelenggaraan Kapal Terbang
  • Robot Industri


SYARAT - SYARAT PERMOHONAN

  • Warganegara Malaysia
  • Minat dalam bidang yang dipohon

JANGKAMASA DAN PELAKSANAAN

  • Program berbentuk Modular
  • Dilaksanakan pada hujung minggu (Sabtu & Ahad)


KETERANGAN LANJUT

· Untuk keterangan lanjut sila dapatkan brochure disini atau hubungi pihak ADTEC Shah Alam melalui emel/telefon/alamat berikut :

Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam,

Lot 5934 Batu 6, Off Jalan Bukit Kemuning,

Seksyen 34, 40470 Shah Alam, Selangor.

No. Tel : 03-51612622 No. Fax : 03-51612651

Emel : 1malaysia@adtecsa.gov.my Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya @ adtecsa.1Malaysia@gmail.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lembaga Lebuhraya Malaysia – Temuduga Terbuka

Lembaga Lebuhraya Malaysia adalah sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab menyelia, reka bentuk, pembinaan, pengendalian dan penyenggaraan lebuh raya – lebuh raya bertol di Malaysia. Kami mempelawa individu-individu yang berkelayakan untuk menyertai warga kerja kami.

1. JURUTEKNIK ELEKTRIK GRED J22
2. JURUTEKNIK AWAM GRED J17
3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17

Tarikh : 4 April 2011(Isnin)
Waktu Pendaftaran : 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Waktu Temuduga : 9.00 pagi hingga 4.00 petang
Lokasi Temuduga : Pejabat Pasukan Projek II (LPT Fasa 2),Lembaga Lebuhraya Malaysia,No.13-17, Bangunan IKS Kawasan Perindustrian Ajil 21700 Ajil,Terengganu Darul Iman

KLIK DI SINI UNTUK IKLAN

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Perak

Iklan kekosongan jawatan Bil. IKLAN 01/2011 kini telah dibuka. Tarikh iklan dibuka adalah pada 13/03/2011 dan akan ditutup pada 01/04/2011. Sila kemaskinikan maklumat peribadi anda serta pilih lima (5) jawatan yang sesuai dengan kelayakan anda di http://spaonline.perak.gov.my

PEMOHON-PEMOHON ADALAH DIPELAWA DARIPADA WARGANEGARA MALAYSIA RAKYAT DYMM. PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN YANG BERKELAYAKAN SAHAJA, LAYAK MEMOHON KEKOSONGAN JAWATAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGERI PERAK SEPERTI BERIKUT :-

1. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (Gred DG41)
2. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (Gred DGA29)
3. SETIAUSAHA PEJABAT (Gred N27)
4. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN (Gred G27)
5. PEMBANTU PERTANIAN (Gred G17)
6. PENOLONG PEGAWAI TANAH (Gred NT27)
7. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (Gred S27)
8. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM (Gred S17)
9. WARTAWAN (Gred S17)
10.PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN (Gred N17)
11.JURUTEKNIK KOMPUTER (Gred FT17)
12.PEMBANTU PENILAIAN (Gred W17)
13.PEMBANTU PENERBITAN (Gred N17)
14.PEMBANTU LAUT (Gred A17)
15.JURUAUDIO VISUAL (Gred N17)
16.PENGAWAL KESELAMATAN (Gred KP11)
17.PEREKA (Gred B17)
18.PENGHANTAR NOTIS (Gred N3)
19.OPERATOR LOJI (Gred R3)
20.PENJAGA JENTERA ELEKTRIK (Gred R17)
21.TUKANG K3 (Gred R9)
22.TUKANG K2 (Gred R11)

KLIK DI SINI UNTUK MEMOHON

Tarikh Tutup Permohonan : 1 April 2011

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA):

1. Pegawai Latihan Vokasional (Product Design) J41

2. Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (Teknologi Maklumat) DH41

3. Penolong Pegawai Tadbir N27

4. Juruteknik (Mekanikal) J17

KLIK DI SINI UNTUK IKLAN JAWATAN

KLIK DI SINI UNTUK BORANG PERMOHONAN

Tarikh Tutup Permohonan : 31 Mac 2011

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)

Jawatan Kosong Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) :

1 PEGAWAI SAINS C41
2 PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
3 PEGAWAI KESELAMATAN KP41
4 PEGAWAI TADBIR N41
5 PEGAWAI PSIKOLOGI S41
6 PEGAWAI PERGIGIAN U41
7 PEGAWAI DIETETIK U41
8 PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN U41
9 PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29
10 PENOLONG JURUTERA J29
11 JURURAWAT PERGIGIAN U29
12 JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN U29
13 PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29
14 PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S27
15 PELUKIS PELAN J17
16 PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN N17
17 PEMBANTU PERPUSTAKAAN S17
18 JURUTEKNIK PERUBATAN U19
19 PENGAWAL KESELAMATAN KP11
20 ATENDAN KESIHATAN U3
21 PEMBANTU AM PEJABAT N1

KLIK DI SINI UNTUK IKLAN JAWATAN

KLIK DI SINI UNTUK BORANG PERMOHONAN

Tarikh Tutup Permohonan: 31 Mac 2011

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu

Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia mempelawa Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 54 tahun semasa iklan ditutup serta berkelayakan dan bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan berikut :-

  1. JURUTERA (MEKANIKAL) GRED J41
  2. PEGAWAI TADBIR GRED N41
  3. PEGAWAI EHWAL EKONOMI GRED E41

KLIK DI SINI UNTUK IKLAN

KLIK DI SINI UNTUK BORANG PERMOHONAN

Tarikh Tutup Permohonan : 28 Mac 2011

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT)


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia dan keutamaan akan diberikan kepada RAKYAT NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM untuk mengisi jawatan berikut di Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah :-

1. PEGAWAI PENGUATKUASA (TETAP)
2. PEGAWAI TADBIR (TETAP)
3. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN (TETAP)
4. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP (TETAP)
5. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA (TETAP)
6. PEMBANTU KESIHATAN AWAM (TETAP/KONTRAK)
7. TUKANG K2

KLIK DI SINI UNTUK IKLAN JAWATAN

KLIK DI SINI UNTUK BORANG PERMOHONAN

Tarikh Tutup Permohonan : 28 Mac 2011

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

If you have the passion, perseverance, pro-activeness and desire to succeed, come join us! You will be part of an organisation that provides not just a job, but an exciting and challenging career development opportunity that allows you to grow personally and professionally. Jawatan kosong EPF. We offer one of the highest remuneration packages in the country, which includes competitive salary, annual bonus, and comprehensive medical benefits that cover both employees and their family

1. PUBLIC RELATIONS SENIOR EXECUTIVE

MAIN RESPONSIBILITIES:
- Assisting in the development and execution of PR strategies and PR programmes to create awareness among members of EPF’s role and initiatives;
- Researching and drafting corporate communication materials including speeches for senior management, press releases etc;
- Answering media queries, arranging interviews, press conferences and media briefings;
- Assisting in issues management;
- Monitoring the media, including newspapers, magazines, journals, broadcasts, newswires and blogs;
- Establishing and building media and stakeholder relationship for the organization.

JOB REQUIREMENTS:
- Strong first Degree in Mass Communication / Business Administration or equivalent with CGPA of 3.25 and above;
- Minimum credits in both Bahasa Malaysia and English at SPM level;
- At least 5 years’ working experience in Public Relations or Corporate Communications (experienced journalists are also encouraged to apply);
- Excellent writing skills especially in English;
- Sound understanding of traditional and new media;
- Ability to work under pressure and in crisis situation;
- Good interpersonal skills, able to work in a diverse environment and possess high integrity;
- Professional, matured and dynamic;
- Computer literate including proficiency in MS Word, PowerPoint and Excel.


2. DIGITAL COMMUNICATION EXECUTIVE

MAIN RESPONSIBILITIES:
- Managing in-house digital media such as online news magazine and e-newsletter;
- Developing and managing storage of electronic data, records and information;
- Handling offline and online communication surveys (knowledge of SPSS an advantage);
- Knowledgeable in handling hardware and software for audio and video editing.

JOB REQUIREMENTS:
- Strong first Degree in Digital Multimedia / Multimedia Software or equivalent with CGPA of 3.25 and above;
- Minimum credits in both Bahasa Malaysia and English at SPM level;
- At least 3 years’ working experience in related field;
- Sound understanding of new media;
- Good command of spoken and written Bahasa Malaysia and English;
- Ability to work under pressure with outstanding attention to details;
- Professional, matured and dynamic.

Interested candidates are invited to submit their application letter stating the position applied for together ether with a detailed resume which includes contact numbers, qualifications, work experience and expected salary. Please also enclose copies of academic certificates, latest academic transcripts, identification card, pay slip and a passport sized photograph, and send them to:

Chief Executive Officer
Employees Provident Fund
Human Resource Management Department
Level 21 Bangunan KWSP
Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur.

Only short-listed candidates will be notified.

Closing Date : 26 March 2011

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP)

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut :-

1. PEGAWAI LAUT A41
2. PEGAWAI SAINS C41
3. JURUTERA J41
4. PENOLONG PEGAWAI LAUT A29

KLIK DI SINI UNTUK IKLAN JAWATAN

KLIK DI SINI UNTUK BORANG PERMOHONAN

Tarikh Tutup Permohonan : 24 Mac 2011

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tauladan bersama siri 22

Banyak Bercakap Serlah Kelemahan

SESEORANG Muslim mesti memelihara lidahnya daripada menuturkan kata-kata tidak berfaedah, percakapan kosong, mengumpat keji dan mengadu-domba.

Rasulullah SAW memberi banyak ingatan mengenai perkara itu dan antaranya, sabda Baginda bermaksud: “Tidaklah dihumbankan muka manusia ke dalam neraka itu sebagai hasil tuaian (jelek) lidahnya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Rasulullah juga bersabda bermaksud: “Bukanlah dia seorang mukmin (jika) dia suka menuduh, suka melaknat, bercakap kotor dan keji.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Pesan Rasulullah bermaksud: “Sesiapa yang banyak bercakap banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya banyaklah dosanya dan siapa yang banyak dosanya, api nerakalah paling layak untuk dirinya.”
(Diriwayatkan oleh Baihaqi)

Imam Nawawi ketika membicarakan hal yang sama berkata, ketahuilah, seseorang mukalaf itu sewajarnya menjaga lidahnya daripada sebarang percakapan kecuali percakapan yang menghasilkan kebaikan.

Apabila bercakap dan berdiam diri adalah sama saja hasilnya, maka mengikut sunnahnya adalah lebih baik berdiam diri.

Percakapan yang diharuskan mungkin membawa kepada yang haram atau makruh.

Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik dan kalau tidak, hendaklah diam.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Hadis di atas membawa maksud bahawa seseorang yang beriman itu perlu sentiasa mengawasi lidahnya dan apabila berkata, hanya kepada perkara yang memberi kebaikan kepada dirinya dan orang lain.

Jika tidak dapat memberi sesuatu yang membawa kebaikan, maka adalah lebih baik berdiam diri saja.

Rasulullah ditanya mengenai kelakuan yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam syurga.

Jawab Baginda: “Takwa kepada Allah dan keindahan akhlak.”

Ketika Baginda ditanya apakah yang paling banyak memasukkan orang ke dalam neraka? Baginda menjawab: “Kejahatan mulut dan kemaluan.”

Sabda Rasulullah SAW lagi bermaksud: “Sesiapa mengawal lidahnya (daripada memperkatakan kehormatan orang), maka Allah akan menutup kecelaannya (hal yang memalukan). Sesiapa yang menahan kemarahannya, Allah akan melindunginya daripada seksa-Nya. Dan sesiapa yang meminta kelonggarannya kepada Allah, maka Allah akan menerima permintaan kelonggarannya.” (Hadis riwayat Ibnu Abib-Dunya).

Ibnu Abid-Dunya meriwayatkan, Rasulullah bersabda bermaksud: “Tidak akan lurus iman seseorang hamba, sehingga lurus pula hatinya, dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus pula lidahnya. Dan seorang hamba tidak akan masuk syurga selagi tetangganya belum aman daripada kejahatannya.”

Begitulah pentingnya seseorang itu memelihara lidahnya daripada percakapan yang buruk, keji dan tidak mendatangkan faedah.

Allah mengurniakan umatnya dengan sebaik-sebaiknya nikmat dan nikmat lidah yang diberikan, hendaklah digunakan ke jalan yang diredai-Nya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kembar Siang [2011] AVI


“"Kembar Siang" is about a pair of twins named Awal and Awi (both played Kamal Adli). Awal is the elder of the two and Awi is mentally ill, due to a fever when he was young. Amazingly, Awi has superb memory and an extraordinary ability to count, often tutoring Mazli and Izan after school. The twins have a house and a grocery shop given to them by their late father Haji Sabran. They are rivalled by another grocery shop run by Pak Din Duda (Sabri Yunus) who is not honest and always trying to make a quick buck" ...

Sebuah citer yg sedang ditayangkan di pawagam ... Genre: Comedy .. Dibintangi Kamal Adli, Intan Ladyana, Sabri Yunus, Mat Over,Sathiya, Syanie Hisham, Zaibo, Rozita Che Wan ... Dikongsikan oleh kuryu .. Sila join menggunakan hj split atau 7zip sebelum play (kecuali single link) .nk bljar split klik disini... ~SELAMAT

Download Here

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tauladan bersama siri 21

Bercerita Tentang Jodoh

Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.

Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.

"Dulu saya tidak pernah melihat wajah bakal isteri saya," kata seorang abang yang sangat saya hormati.

"Pelik tu bang. Bagaimana jodoh abang diaturkan?"

"Ikut pilihan guru agama yang mengajar saya," jawabnya pendek.

"Mengapa tidak mahu melihat wajahnya? Kan itu dibenarkan oleh syariat? Barangkali sebab waktu itu tidak ada ruangan sosial seperti Facebook dan Twitter?" gurau saya.

"Memang belum ada. Tetapi ada cara lain. Gambar dan cara-cara yang lain ada, tetapi sebenarnya ada sebab lain..."

Dalam diam, saya rasa hairan. Wajahnya saya tenung. Dia orang yang sangat saya hormati. Sahsiah dan kepimpinannya sangat menawan hati. Tentu ada sebab yang solid untuk dia bersikap demikian.

"Sebelum aktif sebagai aktivis Islam seperti sekarang, saya pernah menjalin hubungan cinta. Dia teman lama sejak di sekolah rendah lagi," jelasnya dengan tenang.

"Habis mengapa putus?"

"Kami putus kerana dia ada jalan tersendiri. Saya ajak bersama saya dalam perjuangan Islam ini tetapi dia selesa dengan gayanya. Lepas, bebas. Jadi kami berpisah setelah 10 tahun bercinta."

Wah, ini kisah cinta yang dramatik! Saya tidak sangka sama sekali dia yang selama ini kelihatan begitu iltizam, tegas dan berwibawa pernah melalui tragedi cinta.

[B]Isteri Amanah[/B]

"Itu kisah sebelumnya. Tetapi bagaimana dengan kisah pertemuan dengan isteri abang sekarang?" kata saya beralih kepada maksud asal pertanyaan.

"Setelah putus, abang terus pinta guru agama carikan jodoh. Ingin fokus kepada gerakan dan amal Islami tanpa diganggu gugat lagi oleh emosi cinta."

"Tetapi mengapa abang tidak mahu melihat bakal isteri pilihan guru? Tidak dibenarkan?"

"Itu keputusan personal saya. Guru memberi kebebasan. Mahu melihat dulu, silakan. Tidak mahu, tidak mengapa."

"Dan abang memilih untuk tidak melihat. Kenapa?"

"Eh, kamu masih tegar dengan soalan asal? Begini, bekas kekasih abang dulu sangat cantik. Abang takut perasaan abang diganggu oleh godaan perbandingan. Takut-takut, bakal isteri tidak secantik kekasih lama. Jadi abang tekad, nikah terus tanpa melihat wajahnya."

Saya terkesima sebentar dan dengan pantas saya bertanya kembali, "Tetapi abang akan terpaksa juga membuat perbandingan setelah bernikah bukan? Setelah nikah, abang akan melihat wajahnya. Dan ketika itu mahu tak mahu godaan perbandingan akan datang juga."

Sekali lagi dia senyum. Matanya bersinar-sinar dengan keyakinan. Jauh di lubuk hati, saya mengakui, dia memang bercakap dari hatinya.

"Amat jauh bezanya antara membandingkan wanita lain dengan bakal wanita yang akan kita nikahi dengan wanita yang telah kita nikahi..."

Pendek dia menjawabnya, namun terus menusuk ke hati saya. Tanpa saya pinta dia menyambung, "Apabila seorang wanita telah kita nikahi dengan sah, dialah wanita yang diamanahkan oleh Allah untuk kita bimbing dan pimpin menuju syurga. Nasib kita dunia dan akhirat sangat berkait rapat dengannya. Dia adalah jodoh yang ditakdirkan buat kita. Dialah wanita yang pasrah dan menyerah kepada kita atas nama Allah. Pada waktu itu, bagaimanapun keadaan wajahnya, siapa pun dia, sudah menjadi soal kedua."

[B]Cantik Itu Relatif dan Subjektif[/B]

"Abang tidak takut, kalau tiba-tiba wajah atau keadaannya tidak serasi dengan cita rasa abang? Maksudnya, er... er... kita masih manusia bukan?" saya menduga hatinya.

Dia ketawa tiba-tiba.

"Ya, kita masih manusia. Tetapi kita bukan sekadar manusia. Kita hamba Allah dan khalifah. Isteri ialah teman kita untuk memikul amanah dua misi berat itu. Untuk melaksanakannya, kita bukan hanya perlukan kecantikan seorang wanita, tetapi ilmunya, akhlaknya, sifat pengorbanannya dan kesetiaannya."

"Jadi, untuk itu kecantikan tidak penting?"

"Semua yang datang daripada Allah ada kebaikannya. Namun ingat, Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding kita sendiri. Sesiapa yang tekad menjadi hamba Allah dan khalifah, pasti tidak akan dikecewakan-Nya. Orang yang baik berhak mendapat yang baik, bukan begitu?"

"Bukan yang cantik?" jolok saya lagi.

"Cantik itu relatif dan sangat subjektif. Beauty is in the eye of the beholder, bukankah begitu? Cita rasa manusia tentang kecantikan tidak sama. Malah ia juga berubah-ubah mengikut masa, usia dan keadaan. Tetapi yang baik itu mutlak dan lebih kekal sifatnya," balasnya dengan yakin.

"Maksud abang?"

Dia diam. Termenung sebentar. Mungkin mencari-cari bahasa kata untuk menterjermahkan bahasa rasa.

"Kecantikan seorang wanita tidak sama tafsirannya. Orang budiman dan beriman, menilai kecantikan kepada budi dan akhlak. Pemuja hedonisme dan materialisme hanya fokus kepada kecantikan wajah dan daya tarikan seksual."

Ketika saya ingin menyampuk, dia menambah lagi, "Cantik juga relatif mengikut keadaan. Jelitawan sekalipun akan nampak hodoh dan membosankan apabila asyik marah-marah dan merampus. Sebaliknya, wanita yang sederhana sahaja wajahnya akan nampak manis apabila sentiasa tersenyum, sedia membantu dan memahami hati suami."

"Oh, betul juga tu!" kata saya. Teringat betapa ada seorang kenalan yang sering mengeluh tentang isterinya, "Sedap di mata tetapi sakit di hati..."

[B]Wasilah Memilih Jodoh[/B]

"Bagaimana sebaik selepas berkahwin? Tak terkilan?" ujar saya dengan soalan nakal.

"Memang dari segi kecantikan, isteri abang sekarang biasa-biasa sahaja."

"Maksudnya yang dulu lebih cantik?"

"Kamu ni, fikirannya masih berkisar dan berlegar-legar di situ juga. Ingat, yang biasa-biasa akan jadi luar biasa cantik apabila makin lama kita bersama dengannya. Itulah pengalaman abang. Hari ke hari, kecantikan isteri semakin terserlah. Entahlah, apa yang Allah ubah. Wajah itu atau hati ini?"

Wah, dia seakan berfalsafah! Kata-katanya punya maksud yang tersirat.

"Apa kaitannya dengan hati?" layan lagi. Ingin saya terus mencungkil mutiara hikmah daripadanya.

"Kalau hati kita indah, kita akan sentiasa melihat keindahan. Sebaliknya kalau hati rosak, keindahan tidak akan ketara, sekalipun sudah tampak di depan mata. Atau kita mungkin akan mudah bosan dengan apa yang ada lalu mula mencari lagi. Percayalah, orang yang rosak hatinya akan menjadi pemburu kecantikan yang fatamorgana!"

'Ah, tentu dia bahagia kini!' bisik hati saya sendiri.

"Apa panduan abang jika semua ini ingin saya tuliskan?"

"Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita."

[B]Jadi Orang Baik dan Pilihan Orang Baik[/B]

"Tapi bang, ramai yang menolak kaedah kedua. Kata mereka, mana mungkin kita menyerahkan hak kita memilih jodoh sendiri kepada ibu bapa, guru atau individu-individu lain sekalipun mereka orang yang baik-baik."

"Tak mengapa. Kalau begitu, cuna cara pertama, jadilah orang yang baik."

"Itu susah bang. Bukan mudah hendak menjadi orang yang baik. Ia satu proses yang panjang dan sukar menentukan apakah kita sudah jadi orang yang baik atau belum."

Abang tersenyum lantas berkata, "Kamu menyoal bagi pihak orang lain bukan?"

Saya diam. Dalam senyap saya akui, inilah soalan yang sering diajukan oleh para remaja di luar sana.

"Kedua-dua cara itu boleh dijalankan serentak. Maksudnya, jika kita berusaha menjadi orang yang baik, insya-Allah, Allah akan kurniakan kita jodoh yang baik melalui pilihan orang baik. Ataupun kita berusaha menjadi orang yang baik sambil mencari orang yang baik sebagai jodoh, dan nanti pilihan kita itu direstui oleh orang yang baik!"

Wah, kedengaran berbelit-belit ayatnya, namun jika diamati ada kebenarannya.

"Tetapi ada juga mereka yang menolak pilihan orang yang baik bukan?"

"Kerana mereka bukan orang baik," jawabnya pendek.

"Bukan, bukan begitu. Bolehkah terjadi orang baik menolak pilihan orang yang baik?"

"Ya, tidak mengapa. Tetapi mereka tetap menolaknya dengan cara yang baik. Itulah yang terjadi kepada seorang wanita yang bertanyakan haknya untuk menerima atau menolak jodoh yang dipilih oleh ibu bapanya kepada Rasulullah s.a.w."

"Apa hikmah di sebalik kisah itu bang?"

"Kita boleh melihat persoalan ini dari dua dimensi. Pertama, mungkin ada anak-anak yang tidak baik menolak pilihan ibu bapa yang baik. Hikmahnya, Allah tidak mengizinkan orang yang baik menjadi pasangan orang yang tidak baik. Bukankah Allah telah berjanji, lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya?"

Saya terdiam. Benar-benar tenggelam dalam fikiran yang mendalam dengan luahan hikmah itu.

[B]Jodoh Urusan Allah[/B]

"Dan mungkin juga anak itu orang baik tetapi ibu bapanya yang tidak baik itu memilih calon yang tidak baik sebagai pasangannya. Maka pada waktu itu syariat membenarkan si anak menolak pilihan ibu bapanya. Ya, itulah kaedah Allah untuk menyelamatkan orang baik daripada mendapat pasangan hidup yang jahat."

"Bagaimana pula jika anak itu baik, dan ibu bapanya pun baik serta calon pilihan ibu bapanya juga baik, tetapi urusan pernikahan masih terbengkalai. Apa maknanya?" tanya saya inginkan penjelasan muktamad.

"Itulah takdir! Mungkin Allah menentukan 'orang baik' lain sebagai jodohnya. Sementara orang baik yang dicadangkan itu telah Allah tentukan dengan orang baik yang lain pula!"

Tiba-tiba saya teringat bagaimana Hafsah yang dicadangkan untuk menjadi calon isteri Sayidina Abu Bakar oleh ayahnya Sayidina Umar tetapi ditolak. Akhir Hafsah bernikah dengan Rasulullah s.a.w. Kebaikan sentiasa berlegar-legar dalam kalangan orang yang baik!

"Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat sejak azali lagi. Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang wajib kita fahami. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah yang bersuamikan Firaun laknatullah."

"Apa hikmahnya kes yang berlaku sekali-sekala seperti itu?"

"Eh, abang bukan pakar hikmah! Tetapi mungkin Allah hendak meninggikan lagi darjah dan darjat orang baik ke tahap yang lebih tinggi."

"Hikmah untuk kita?"

"Jika takdirnya pahit untuk kita, terimalah sebagai ubat. Katalah, kita sudah berusaha menjadi orang yang baik dan kita telah pun bernikah dengan pilihan orang yang baik, tetapi jika takdirnya pasangan kita bermasalah... bersabarlah. Katakan pada diri bahawa itulah jalan yang ditentukan oleh Allah untuk kita mendapat syurga. Maka rebutlah pahala sabar dan redha seperti Nabi Lut dan Nabi Ayyub atau kesabaran seorang isteri bernama Siti Asiah."

Tok, tok, tok. Tiba-tiba pintu bilik tulis saya diketuk. Wajah watak "abang bayangan" saya pergi tiba-tiba. Tersedar saya daripada lamunan yang panjang. Wajah isteri terserlah di sebalik pintu. Sebalik melihatnya terdetak dalam hati sendiri, apakah aku telah menjadi insan yang baik untuk memperbaikinya?

Ah, hati dilanda bimbang mengingatkan makna satu ungkapan yang pernah saya tulis dahulu: "Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. JAdi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia Ambilan Jun 2011

Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia Ambilan Jun 2011

KLIK DI SINI UNTUK IKLAN LENGKAP

Tarikh Tutup Permohonan: 4 April 2011

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Universiti Malaysia Terengganu

Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Terengganu :

1. Penolong Pegawai Tadbir (N27)

Keterangan Kekosongan :
calon lelaki yang berumur 30 tahun dan ke bawah, berkelulusan diploma dalam bidang pengurusan dan teknologi maklumat, pengalaman kerja dalam pengurusan data dan maklumat, tugas utama ialah menguruskan data-data pencapaian KPI dan pengwujudan Sistem Maklumat di Bahagian Perancangan Korporat-iPMO.

Tarikh Tutup Permohonan : 24 Mac 2011

2. Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi (N17)

Keterangan Kekosongan :
wanita yang berumur 25 tahun dan ke bawah, dapat kredit dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik di peringkat SPM, ada sikap dan disiplin kerja yang betul, berketrampilan menarik, mempunyai pengalaman kerja dalam urusan pentadbiran pejabat/organisasi.

Untuk maklumat lanjut jawatan dan permohonan boleh dilakukan di laman web berikut:

http://www.jobsmalaysia.gov.my

*Untuk carian jawatan, sila taip nama jawatan atau nama kementerian/jabatan berkaitan diruangan CARIAN SEGERA

Tarikh tutup permohonan : 4 April 2011

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT)

Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) mempelawa para pemohon daripada calon-calon anak Negeri Selangor yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. Pegawai Tadbir
2. Kurator
3. Penolong Kurator
4. Pembantu Muzium
5. Pembantu Tadbir (Pengkeranian dan Operasi)
6. Pembantu Setiausaha Pejabat / Setiausaha Pejabat
7. Pembantu Akauntan
8. Ahli Fotografi
9. Juruteknik
10. Pereka
11. Pembantu Keselamatan
12. Artis Budaya
13. Ahli Muzik

KLIK DI SINI UNTUK IKLAN DAN CARA MEMOHON

Tarikh Tutup Permohonan: 23 Mac 2011

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)

FINAS menjemput warganegara Malaysia yang berkelayakan, berpengalaman dan berminat dalam bidang perfileman serta berdedikasi bagi mengisi kekosongan jawatan yang bertaraf tetap seperti berikut:

1. PEGAWAI TADBIR – N41
2. PENOLONG JURUTERA – J29
3. PENOLONG PEGAWAI TADBIR – N27
4. PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA – N27
5. PEMBANTU PENGUATKUASA – N17
6. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) – N17
7. PEMANDU KENDERAAN – R3

KLIK DI SINI UNTUK IKLAN JAWATAN

KLIK DI SINI UNTUK BORANG PERMOHONAN

Tarikh Tutup Permohonan: 21 Mac 2011

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (TABIKA/TASKA) KEMAS 2011/2012

Tawaran Mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (TABIKA/TASKA) KEMAS tahun 2011/2012

KLIK DI SINI UNTUK IKLAN

KLIK DI SINI UNTUK BORANG PERMOHONAN

Tarikh Tutup Permohonan: 21 Mac 2011

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Majlis Perbandaran Selayang

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan adalah dipelawa memohon jawatan dalam iklan ini :-

1. ARKITEK LANDSKAP ( 1 Kekosongan )
2. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA ( 2 Kekosongan )
3. JURURAWAT ( 1 Kekosongan )
4. PENOLONG JURUTERA ( 2 Kekosongan )
5. PENOLONG PEGAWAI ALAM SEKITAR ( 2 Kekosongan )
6. PENOLONG PEGAWAI TADBIR ( 1 Kekosongan )
7. PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN ( 2 Kekosongan )
8. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN DAN PERSEKITARAN ( 4 Kekosongan )
9. PENOLONG JURUAUDIT ( 2 Kekosongan )
10. JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA ( 2 Kekosongan )
11. JURUTEKNIK LANDSKAP ( 2 Kekosongan )
12. JURUTEKNIK ( UKUR BAHAN ) ( 1 Kekosongan )
13. JURUTEKNIK ( BANGUNAN ) ( 5 Kekosongan )
14. PEMBANTU KESIHATAN AWAM U17 ( 5 Kekosongan )
15. PEMBANTU PENGUATKUASA N17 ( 18 Kekosongan )

KLIK DI SINI UNTUK IKLAN JAWATAN

KLIK DI SINI UNTUK BORANG PERMOHONAN

Tarikh Tutup Permohonan: 18 Mac 2011

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sini Ada Hantu (2011) RMVB & AVI

"Rama is a supervisor who is looking for a driver at the last minute to deliver out of town. He manages to get Ah Meng and Bakri to do the task with additional overtime and bonus. The only catch is that they have to deliver a Chinese-style large wooden coffin on time. For the extra money, the two men take on the job and travel in the van through the quiet expressway. During the journey, the delivery van's radio player gets busted. To kill time, both men begin to tell ghost stories which they declare as genuine. Bakri starts off the ghost stories from his kampung that involves a young man and a banana tree spirit" ...

Kualiti SDTVrip-RMVB .. Sila join menggunakan hj split atau 7zip sebelum play (kecuali single link).. nk bljar split klik disini..
~SELAMAT MENONTON~

Download Mediafire
Part 1 (rmvb)
Part 2 (rmvb)
Part 1 (AVI)
Part 2 (AVI)
Part 3 (AVI)
PArt 4 (AVI)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jabatan Perdana Menteri (JPM)

Senarai jawatan kosong di JPM.Klik pada nama iklan untuk maklumat jawatan.

Pemohon juga wajib mempunyai emel yang sah untuk membuat permohonan.

KLIK DI SINI UNTUK MEMOHON

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu :

- PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN

KLIK DI SINI UNTUK IKLAN JAWATAN

KLIK DI SINI UNTUK MEMOHON

Tarikh Tutup Permohonan : 31 Mac 2011

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kementerian Dalam Negeri

Sukacita dimaklumkan, bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan melaksanakan pengambilan jawatan Kumpulan Sokongan II bagi jawatan Pemandu Kenderaan Bermotor Gred R3, Pembantu Am Pejabat Gred N1 dan Pekerja Awam Gred R1.

Bersama-sama ini disertakan iklan bagi tiga jawatan di atas dan Borang Permohonan KDN 1/2011 untuk paparan pihak tuan/ puan. Borang boleh dimuat turun pada pautan di bawah iklan perjawatan.

Tarikh tutup permohonan : 16 Mac 2011

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Majlis Daerah Kota Tinggi

Permohonan adalah dipelawa kepada Rakyat Negeri Johor / Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Daerah Kota Tinggi.

1. Penolong Pegawai Undang-undang L29

2. Juruteknik Perancang Bandar Dan Desa J17

3. Pembantu Penguatkuasa N 17 (Letak Kereta) – Lelaki Sahaja -

KLIK DI SINI UNTUK IKLAN DAN CARA MEMOHON

Tarikh Tutup Permohonan : 15 Mac 2011

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Keretapi Tanah Melayu Berhab

Berikut adalah jawatan kosong yang ditawarkan di Keretapi Tanah Melayu Berhab (KTMB).Klik pada nama jawatan untuk maklumat iklan jawatan kosong yang ditawarkan:

Jawatan Tarikh Tutup


1. Food and Beverage Crew 19/03/2011
2. Senior Manager Training, Finance & Administration 15/03/2011
3. Senior Manager Training, Management & Development 15/03/2011

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pejabat Tanah Dan Jajahan Kota

Pejabat Tanah Dan Jajahan Kota Bharu mengalu-alukan mana-mana individu yang berminat dan sedia untuk berkhidmat untuk mengisi jawatan kosong yang diiklankan iaitu:

JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT17 (Sambilan) – 1 Kekosongan.

Sila Rujuk Kepada Iklan Terlebih Dahulu Sebelum Memohon Bagi Memastikan Syarat – Syarat Jawatan Dipenuhi.

KLIK DI SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON

Tarikh Tutup Permohonan : 14 Mac 2011.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Majlis Perbandaran Ampang Jaya

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan bertaraf Tetap dan Kontrak di Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan keutamaan kepada Anak Negeri Selangor.

1. PEGAWAI TADBIR N41
2. PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA J41
3. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U41
4. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27
5. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN G27
6. PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA N27
7. JURUTEKNIK (BANGUNAN) J17
8. JURUTEKNIK UKUR BAHAN J17
9. PEMBANTU TADBIR (p/O) N17
10. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN N17
11. PEMBANTU KESIHATAN AWAM U17
12. PEMBANTU AM PEJABAT N1

KLIK DI SINI UNTUK IKLAN JAWATAN

KLIK DI SINI UNTUK BORANG PERMOHONAN

Tarikh Tutup Permohonan: 14 Mac 2011

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lembaga Minyak Sawit Malaysia

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk berkhidmat di Lembaga Minyak Sawit Malaysia bagi jawatan-jawatan seperti berikut:

1. PEGAWAI PENYELIDIK
2. PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK
3. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
4. PENOLONG PEGAWAI TADBIR
5. PEMBANTU PENYELIDIK
6. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT
7. PEMBANTU TADBIR (P/O)
8. PEKERJA AWAM

KLIK DI SINI UNTUK IKLAN DAN CARA MEMOHON

Tarikh Tutup Permohonan: 14 Mac 2011

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kementerian Pertahanan Malaysia

Jika anda adalah warganegara Malaysia yang berkelayakan, anda adalah dipelawa untuk memohon mengisi jawatan-jawatan kosong berikut :-

  1. Pembantu Am Pejabat N1
  2. Pekerja Awam R1

KLIK DI SINI UNTUK IKLAN

Untuk maklumat lanjut jawatan dan permohonan boleh dilakukan di laman web berikut:

http://www.jobsmalaysia.gov.my

*Untuk carian jawatan, sila taip nama jawatan atau nama kementerian/jabatan berkaitan diruangan CARIAN SEGERA

Tarikh Tutup Permohonan : 14 mac 2011

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Majlis Perbandaran Nilai

Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA dan keutamaan adalah daripada rakyat Negeri Sembilan Darul Khusus yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan adalah untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut :-

1. Pegawai Tadbir N41

2. Penolong Akauntan W27

KLIK DI SINI UNTUK IKLAN DAN CARA MEMOHON

Tarikh Tutup Permohonan : 12 Mac 2011

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) ingin mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. Pegawai Perunding (Gred E41)

KLIK DI SINI UNTUK IKLAN JAWATAN

KLIK DI SINI UNTUK BORANG PERMOHONAN

CARA MEMOHON:

  1. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan MPC, yang boleh didapati daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Peti Surat 64, Jalan Sultan, 46904 Petaling Jaya dan di semua pejabat-pejabat Wilayah MPC (Kepala Batas, Pulau Pinang; Johor Bahru, Johor; Kuantan, Pahang; Kota Bharu, Kelantan; Kuala Terengganu, Terengganu; Kota Kinabalu, Sabah; dan Kuching, Sarawak) dengan datang sendiri atau mengirim sampul surat berukuran 25cm x 16cm bersetem 80 sen dan beralamat sendiri.
  2. Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun/ Kuasa-Kuasa Tempatan hendaklah menyalurkan permohonan melalui ketua Jabatan masing-masing.
  3. Borang permohonan juga boleh diperolehi dari laman web rasmi MPC di alamat berikut : www.mpc.gov.my
  4. Borang permohonan yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimajukan kepada : Ketua Pengarah, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Peti Surat 64, Jalan Sultan, 46904 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tarikh tutup permohonan adalah pada atau sebelum 11 Mac 2011.
Tarikh Tutup Permohonan : 11 Mac 2011

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (Anak Negeri Melaka) untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) seperti berikut :

- PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)

KLIK DI SINI UNTUK IKLAN DAN CARA MEMOHON

Tarikh Tutup Permohonan: 11 Mac 2011

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Polis Di Raja Malaysia (PDRM)

Iklan Kekosongan Jawatan Polis Diraja Malaysia:

- Iklan Kekosongan Jawatan Konstabel Lelaki
- Iklan Jawatan Konstabel (L/W) Bagi Bekas Tentera Untuk Berkhidmat Di Dalam Pasukan PDRM
- Iklan Jawatan Konstabel Sokongan (L/W) Bagi Bekas Tentera Untuk Berkhidmat Di Dalam Pasukan PDRM


Tarikh Tutup Permohonan:-
Semenanjung Malaysia : 9 Mac 2011
Sabah & Sarawak : 14 Mac 2011

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Majlis Perbandaran Sepang

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Keutamaan kepada rakyat Negeri Selangor yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:-

  1. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP – J29
  2. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN – W27
  3. JURUTEKNIK (AWAM / UKUR BAHAN), GRED J17
  4. PEMBANTU PERTANIAN – G17
  5. PEMBANTU AKAUNTAN – GRED W 17
  6. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) – GRED W 17

KLIK DI SINI UNTUK IKLAN JAWATAN

KLIK DI SINI UNTUK BORANG PERMOHONAN

Tarikh Tutup Permohonan : 7 Mac 2011

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tauladan bersama siri 20

PERBUALAN ANTARA RASULULLAH S.A.W DENGAN IBLIS

Telah diceritakan bahawa Allah s.w.t. telah menyuruh iblis laknatullah datang kepada Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis laknatullah pun datang kepada Baginda s.a.w. dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang tongkat.
Bertanya Rasulullah s.a.w, "Siapakah kamu ini ?"
Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis."
"Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?"
Orang tua itu menjawab, "Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku."

Baginda Rasulullah s.a.w lalu bertanya, "Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku ?"
Iblis menjawab, "Lima belas."

1. Engkau sendiri hai Muhammad.
2. Imam dan pemimpin yang adil.
3. Orang kaya yang merendah diri.
4. Pedagang yang jujur dan amanah.
5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk.
6. Orang Mukmin yang memberi nasihat.
7. Orang yang Mukmin yang berkasih-sayang.
8. Orang yang tetap dan cepat bertaubat.
9 Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram.
10. Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci.
11. Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan berderma.
12. Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya.
13. Orang Mukmin yang bermanfaat kepada orang.
14. Orang yang hafal al-Quran serta selalu membacanya.
15. Orang yang berdiri melakukan solat di waktu malam sedang orang-orang lain semuanya tidur.

Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi, "Berapa banyakkah temanmu di kalangan umatku ?"
Jawab iblis laknatullah, "Sepuluh golongan :-

1. Hakim yang tidak adil.
2. Orang kaya yang sombong.
3. Pedagang yang khianat.
4. Orang pemabuk/peminum arak.
5. Orang yang memutuskan tali persaudaraan.
6. Pemilik harta riba'.
7. Pemakan harta anak yatim.
8. Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan solat.
9. Orang yang enggan memberikan zakat/kedekut.
10. Orang yang selalu berangan-angan dan khayal dengan tidak ada faedah.

Mereka semua itu adalah sahabat-sahabatku yang setia."
Itulah di antara perbualan Nabi dan iblis laknatullah. Sememangnya kita maklum bahawa sesungguhnya Iblis laknatullah itu adalah musuh Allah s.w.t. dan manusia. Dari itu hendaklah kita selalu berhati-hati jangan sampai kita menjadi kawan iblis laknatullah, kerana sesiapa yang menjadi kawan iblis laknatullah bermakna menjadi musuh Allah s.w.t.. Demikianlah sebaliknya, sesiapa yang menjadi musuh iblis laknatullah bererti menjadi kawan kekasih Allah s.w.t..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tauladan bersama siri 19

Kelebihan bersalawat

Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku: Berkata Jibril a.s.. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."
Berkata pula Mikail a.s.: "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."
Berkata pula Israfil a.s.: "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah s.w.t. dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah s.w.t. mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail a.s. pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi." Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah s.a.w. .? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah s.a.w. Dengan kisah yang dikemukakan ini, harap kita semua tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah s.w.t., Rasul dan para malaikat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tauladan bersama siri 18

Tempat tinggal roh

Abu Bakar r.a telah ditanya tentang ke mana ruh pergi setelah ia keluar dari jasad, maka berkata Abu Bakar r.a : "Ruh itu menuju ke tujuh tempat" :-
· Ruh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin.
· Ruh para ulama menuju ke syurga Firdaus.
· Ruh para mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.
· Ruh para syuhadaa berterbangan seperti burung disyurga sekehendak mereka.
· Ruh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
· Ruh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
· Ruh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa beserta jasadnya sampai hari kiamat.

Telah bersabda Rasulullah s.a.w. bahawa : "Tiga kelompok manusia yang akan berjabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya ialah" :-
· Orang-orang yang mati syahid.
· Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
· Orang yang puasa hari Arafah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tauladan bersama siri 17

Cerita Pengemis Dan Isteri Cantik

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.''Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.'' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.

Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis . Suami yang baru itu menjawab dengan tenang : ''Demi ALLAH ,akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu .

RASULULLAH S.A.W Bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan''.

Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ada bersabda yang bermaksud ; ''Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya''.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tauladan bersama siri 16

DI SAAT AKU DITALKINKAN!

semoga kita insaf dan menjadi pengajaran. InsyaAllah...

Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat.Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini.Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak.

Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku.Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.Derita sngguh.nafasku sesak.

Tiba-tiba tanganku di pegang kuat."Mengucap sayang,,mengucap........Asyhaduallailahaillallah........."ucapan
itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.Itu suara ibu.manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?"Aku amati suara itu.Pasti itu suara abang.Mungkin abang baru sampai. "Tenat",jawab doktor dengan ringkas. "Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha". Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu. datanglah..... Tapi mataku.......semakin gelap.Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!Aku tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini. "Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah."Abangkah yang bersuaraitu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kaulafazkan,abang.Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku.

"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran
suara doktor.Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak.Ibu,kau hanya mampu menangis saja.dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah.Tapi,ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku. "Yassin......".bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu itu suara abang.Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???

Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang.Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang.Aku di ambang sakaratul maut...... Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi.Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.

"Tolong ibu,tolonglah aku,
aku takut".Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka
semua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.Keluhan dan rintihan "Panas,dahaga,haus,panas........".tapi tiada siapa pun yang peduli.Nenekku datang,"Nenek...........". "Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini".

"Ibu......".
Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya.
" Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak.Buangkan
islam, matilah dalam agama yahudi.....".
Ayah.......kau datang ayah.......".
"Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga". "Nenek....ibu.....ayah......suara kau kah tadi??Kenapa kau berubahlaku??Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku?? "Mengucap sayang,mengucap.Asyhaduallailahaillallah......".Ucapan
itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah menjadi kelu.

Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya"Mari ikut kami".cahaya putih datang.datang hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang ."Apa ini,apa ini?.Akulah sakaratul maut.......!!!!!!". Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku. "Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah.......".Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam tubuhku.Lalu,innalillahi wainnailaihi rajiuun.... Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.

Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah
yang amat busuk. "Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah ni?Ah,busuknya,hanyirnya,hancingnya......".

"Assalamualaikum......".
"Siapa yang memberi salam itu?".
"Aku".
"Kau siapa wahai pemuda???".
Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.Aku tidak
pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor,dan sebusuknya di dunia ini.rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning,coklat dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.Tanpa di pedulikannya......jijik,loya,aku rasa........teramat loya melihatnya.

"Kau tak kenal aku?".
"Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodoh
dan sejijik ini".
"Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari".
"Bohong!".Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad
ini mendengarnya.
"Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini".
"Akulah amalanmu yang keji..........".

Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat.Apa yang aku harus lakukan!!!!! Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air.Air apa ini?????

"Tolong....sejuk!!!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!!!!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku malu.....malu.....malu......!!!!!!".
Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan.Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celah badanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu. "Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku macam ini?Tolong rimas....panas........". Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku.Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan?

Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri?
Aku teringat kata-kata ustazku dahulu.
"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan".Dan kini
baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku',sujud dan tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu.

Kotak apa ini?"Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah
dan abang.Aku diusung setapak demi setapak". "Al-Fatihah!"Keengaran suara tok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?". Nun jauh di sana,kelihatan tanah perkuburan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!". Setibanya di tanah perkuburan,kelihatan satu liang yang besaiz dengan jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan",aku terdengar suara tok imam memberitahu."Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!".Kini aku berada di dalam liang kedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.

"Tanah apa ini?".
"Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".
"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali". Kedengaran bacaan talkin dari tok imam."Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua benar........".Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin,tetapi makin lama makin hilang.Pandanganku makin ,makin kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan.

"Nanti!Nanti!Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan tinggalkan aku seorang.Aku takut!!!Gelap!!!Panas!!!Tolong !!!! .

"SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU ADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMAT TAJAM MENGHIRIS DAGING DAN TULANG SERENTAK...DAN SAKITNYA HINGGA KE AKHIRAT."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tauladan bersama siri 15

KISAH BERPISAHNYA ROH DARI JASAD

Dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a katanya, "Aku sedang duduk bersila di dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah s.a.w. datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku. Aku segera bangun kerana menghormati dan memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam rumah. Rasulullah s.a.w. bersabda, "Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah berdiri, wahai Ummul Mukminin." Maka Rasulullah s.a.w. duduk sambil meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur.

Maka aku hilangkan uban pada janggutnya, dan aku dapat 19 rambut yang sudah putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata, "Sesungguhnya baginda akan meninggalkan dunia ini sebelum aku sehingga tetaplah satu umat yang ditinggalkan olehnya nabinya." Maka aku menangis sehingga mengalir air mataku jatuh menitis pada wajah baginda. Baginda s.a.w. terbangun dari tidurnya seraya bertanya, "Apakah sebabnya sehingga engkau menangis wahai Ummul Mukminin?" Masa aku ceritakan kisah tadi kepadanya, lalu Rasulullah s.a.w. bertanya, "Keadaan bagaimanakah yang hebat bagi mayat?" Kataku, "Tunjukkan wahai Rasulullah!"

Rasulullah s.a.w. berkata, "Engkaulah katakan!," Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada keadaan lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat dari rumahnya di mana anak-anaknya sama-sama bersedih hati di belakangnya. Mereka sama-sama berkata, "Aduhai ayah, aduhai ibu! Ayahnya pula mengatakan: "Aduhai anak!" Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Itu juga termasuk hebat. Maka, manakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada hal yang lebih hebat daripada mayat ketika ia diletakkan ke dalam liang lahad dan ditimbuni tanah ke atasnya. Kaum kerabat semuanya kembali. Begitu pula dengan anak-anak dan para kekasihnya semuanya kembali, mereka menyerahkan kepada Allah berserta dengan segala amal perbuatannya." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi, "Adakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah, "Hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih tahu."

Maka bersabda Rasulullah s.a.w.: "Wahai Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat ialah ketika orang yang memandikan masuk ke rumahnya untuk memandikannya. Maka keluarlah cincin di masa remaja dari jari-jarinya dan ia melepaskan pakaian pengantin dari badannya. Bagi para pemimpin dan fuqaha, sama melepaskan serban dari kepalanya untuk dimandikan."Di kala itu rohnya memanggil, ketika ia melihat mayat dalam keadaan telanjang dengan suara yang seluruh makhluk mendengar kecuali jin dan manusia yang tidak mendengar. Maka berkata roh, "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah, lepaskanlah pakaianku dengan perlahan-lahan sebab di saat ini aku berehat dari kesakitan sakaratul maut." Dan apabila air disiram maka akan berkata mayat, "Wahai orang yang memandikan akan roh Allah, janganlah engkau menyiram air dalam keadaan yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhku terbakar dari sebab lepasnya roh," Dan jika mereka memandikan, maka berkata roh: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau gosok tubuhku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh."

Apabila telah selesai dari dimandikan dan diletakkan pada kafan serta tempat kedua telapaknya sudah diikat, maka mayat memanggil, "Wahai orang yang memandikanku, janganlah engkau kuat-kuatkan dalam mengafani kepalaku sehingga aku dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum keluargaku sebab ini adalah penglihatan terakhirku pada mereka. Adapun pada hari ini aku dipisahkan dari mereka dan aku tidakakan dapat berjumpa lagi sehingga hari kiamat." Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat akan menyeru, "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda, maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim, janganlah menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku akan dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan segala yang kucintai dan aku tidak lagi akan kembali untuk selama-lamanya."

Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi mayat, "Demi Allah, wahai jemaahku, janganlah kamu percepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahliku, anak-anakku dan kaum keluargaku. Sesungguhnya hari ini ialah hari perpisahanku dengan mereka sehingga hari kiamat."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tauladan bersama siri 14

Renungan Bersama....

Jangan engkau kahwini wanita yang enam (6).

Jangan yang ANANAH, yang MANANAH, dan yang HANANAH. Jangan engkau kahwini juga wanita yang HADAQAH, yang BARAQAH dan yang SYADAQAH.

Wanita Ananah:-

Banyak mengeluh dan mengadu. Tiap saat mengolok-olokkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:-

Suka membangkit-bangkitkan sesuatu perkara terhadap suami. Wanita jenis ini sering mengatakan, "Aku melakukan itu keranamu".

Wanita Hananah:-

Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain. Yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya daripada suami yang lain.

Wanita Hadaqah:-

Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap-tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah:-

Ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari megilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan sebahagiannya.

Wanita Syadaqah:-

Banyak mengatakan sesuatu yang tidak menentu.

Dicatat oleh Imam Ghazali...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

Warganegara yang berkelayakan dan berminat adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan kosong di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE). Iklan kekosongan jawatan bagi jawatan berikut :

  1. Pembantu Am Pejabat, Gred N1
  2. Pekerja Awam, Gred R1
  3. Pekerja Awam Khas, Gred R3
  4. Pemandu Kenderaan, Gred R3
  5. Penghantar Notis, Gred N3

Iklan Jawatan :Klik Di sini

Borang Permohonan :Klik Di sini

Sila kemukakan permohonan kepada:

Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Aras 9, Wisma Sumber Asli

No.25, Persiaran Perdana, Presint 4

62574 PUTRAJAYA

(u.p.: Seksyen Perkhidmatan)

Tel : 03-88861277/03-88861299

Tarikh tutup permohonan : 31 MAC 2011

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ku tahu dirimu dimana

Masa-Tarikh


RADIO ONLINE

DesaFM Flash Player