Azam Tahun Baru

Langkah 1: Menentukan azam

Sebelum menjadikan sesuatu azam itu realiti, kita mestilah set azam yang betul dan yang memang kita nak lakukannya. Kalau kita nak, barulah ada will power. Jangan azam sesuatu tu sebab orang lain nak kita buat macam tu. Azam kita boleh jadi dari segi kareer, keluarga, sikap, kewangan, pendidikan dan banyak lagi. Apa-apa pun mesti datang dari diri sendiri. Untuk set up azam tahun baru ni, kita boleh lakukan brainstorming dan list out semua wishlists kita. Kemudian, ambil yang paling penting. Yang paling penting dan paling kita nak tu lah yang akan jadi ‘A Big Picture’ iaitu azam utama kita.

Azam boleh dibina melalui konsep SMART Goal iaitu: S-Specific, M-Measurable, A-Attainable, R-Relevant dan T-Time-bound.

Contoh azam kita nak kuruskan badan. Kalau menurut konsep SMART Goal, azam kita ialah nak kuruskan badan sehingga 55kgs sebelum 31 Disember 2012.

Langkah 2: Menentukan Target2 Kecil

Bila dah tahu azam utama kita, bolehlah kita pecahkan kepada target-target kecil untuk jangkamasa yang lebih singkat. Contoh, kita tetapkan berapa kg yang kita nak capai dalam bulan Januari. Mula-mula mungkin rasa perit untuk buat tapi lama-lama ia akan jadi motivasi untuk kita teruskan azam. Sekurang-kurangnya, kita ada effort sepanjang tahun untuk mencapai apa yang telah kita azamkan. Dan takde lah jadi hangat-hangat taik ayam masa awal tahun sahaja. Kalau tak dapat capai 55kgs pun, at least kita dah berjaya kurangkan sedikit berat badan kita.

Langkah 3: Sediakan To-Do List

Untuk setiap target kecil, kita perlu ada to-do list untuk membolehkan kita mengambil langkah untuk mencapai target-target kecil ni. Selalu update dan pantau to-do list ni supaya kita akan ingat azam kita dan tak berhenti berusaha untuk mencapainya. Korang boleh juga download template To-Do-List ni kat MindTools.Com.

Okay, tu je tiga langkah yang macam mudah untuk menjadikan azam kita satu realiti. Yang penting, bila dah berazam, jangan bertangguh untuk lakukannya.

Selamat mencube!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Salam.. Pengumuman penting

Kepada kawan yg setia kepada technician malaya nie. Blog ini dalam pembaikan.. korang bleh pergi ke laman web baru nie. infomation tetap sama.. terima kasih..

http://myweb.hostpaw.com/lepark/

Ku tahu dirimu dimana

Masa-Tarikh


RADIO ONLINE

DesaFM Flash Player